Thursday, August 07, 2008

Berfikir....

Saya kurang aktif ber-blog dalam seminggu ni.

Saya lebih banyak berfikir. Fikir apa?

Tentang hidup. Tentang diri. Tentang Tuhan. Tentang kawan. Tentang masa lalu. Tentang masa depan.

Hanya diri sendiri yang tahu apa dalam fikiran saya, apa susah dan senang saya.

Saya pernah post di blog ini saya sedang melalui fasa yang paling sukar dan mencabar dalam hidup. Saya masih di situ.

Saya sedang pujuk diri saya untuk yakin pada cita-cita dan ketentuan. Ada hikmah di sebalik semua.

Saya sedang belajar erti susah, sabar, usaha dan tawakkal.

Orang selalu kata, bila kita susah, kawan lari. Bila senang kawan ramai. Klise kan. Ada separuh kebenarannya. Separuh lagi persepsi diri.

Saya tahu apa yang saya mahu, dan apa yang saya mahu tak semestinya apa yang orang lain mahu. 'Passion' saya - sesuatu yang tak boleh dipaksa ke atas orang lain.

Saya banyak kelemahan, tapi saya sedang cuba jadi kuat.

Saya cari inspirasi dan semangat dari cerita jatuh, bangun orang lain. Satu hari nanti mungkin ini akan jadi cerita saya.

Tuhan kan ada. Saya tak perlu takut.

10 comments:

Y u Z z 9071 said...

DIA ada setiap saat...

tak perlu khuatir...

setiap insan pasti diuji

strong dear....

muadzlife said...

i dully agree. been there once.

yakin lah...dan lihat masa depan mu...
just yakin dan terus berjuang....

Najib Ariyan Ali Basha said...

Meditasi Anne... gi meditasi... lapangkan fikiran... ibarat gelas, kalau tak kosong maka air baru takkan buleh masuk, gitu jugak fikiran, dgn kosong kan fikiran maka perkara baru akan masuk dan yg penting yg negatif akan keluar

arianna adrizal said...

betul tu anne :)

anne said...

yuzz....thank you. doakan saya kuat nak lalui semua.

anne said...

muadz....kadang2 yakin, kadang2 goyang gak. thanks for the advise.

anne said...

beruang madu....meditasi cara saya adala...tak pernah pulak belajar meditation betul2. yup, saya dah tolak jauh2 semua yg negative. kdg2ada la sikit2 datang balik.

terima kasih abg bear.

anne said...

arianna....hi.:-)

Ad Rifza said...

Yup Tuhan ada..berserah dan berdoalah moga semuanya ditakdirkan baik untuk diri..Insyallah..

NN said...

ok..
at least anne cukup matang utk fikir pasal diri sendiri..

hopefully anne tabah utk setiap dugaan dalam hidup..

DIA maha mengetahui dan mendengar..