Usia Madonna 36 tahun
MADONNA mendakwa dirinya baru berusia 36 tahun, sedang realitinya umurnya sudah mencecah 50 tahun pada 16 Ogos lalu. Namun dia mendakwa telah diberitahu oleh paderi 'agama' yang dianutinya, Kabbalah bahawa dia sebenarnya 14 tahun lebih muda daripada usia kelahirannya.

Penyanyi ini dikatakan telah melarang barisan tetamu yang akan menghadiri majlis sambutan hari jadinya daripada menyatakan dirinya berusia 50 tahun. Menurut akhbar Daily Mirror, dia juga mengeluarkan arahan kepada tetamu supaya tidak membawa kad, kek atau sebarang hadiah yang menyatakan usia sebenarnya.
Awal minggu lalu, ada laporan yang menyatakan Madonna bercadang untuk menangguhkan majlis sambutan hari jadi yang dijadualkan di Wiltshire, England kerana pergelangan kakinya telah terseliuh.
"Madonna pastinya akan menyambut hari jadinya penuh stail. Namun, bukan semuanya berjalan dengan lancar kerana dia tercedera akibat latihan konsertnya. "Dia melihat kecederaan ini sebagai satu petanda untuk menangguhkan majlis hari jadinya itu." kata satu sumber.
Anne Tulis: Amboi amboi, kalau macam tu i pun baru 21 tau:-D
1 comment:
macam macam daaa...
donia donia..
Post a Comment