Friday, December 18, 2009

Anne is Back. Selamat Tahun Baru Hijrah.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah to all friends & blog readers. Its a long weekend - so, happy holidays to everyone too.

Kalau ada yang bukak blog ni dan bosan gila sebab tak berupdate, sorrrriiiiiiiiiiii. Hidup I dalam 3 ke 4 bulan ni memang tenggelam dalam kerja je. Bila penat sangat, takde mood nak blog. Cuma update twitter saja.

Hari ni rasa SANGAT LEGA. 2 projek telah siap untuk tahun ni. Boleh rest sekejap sebelum mula dengan projek baru tahun depan. Kena sangat la dengan akhir tahun hijrah semalam, dan awal muharram hari ni. Syukur sangat-sangat sebab tahun ini, business lebih baik dari tahun lepas. Kalau awal muharram lepas dalam sebak berdoa untuk diberi kekuatan melalui masa-masa yang sangat perit....tahun ini sangat bersyukur kerana Allah permudahkan sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah.

Selamat Menyambut Awal Muharram. Saya doakan Tahun hijrah 1431 membawa rahmat, rezeki dan segala yang baik-baik untuk kita semua. Amin.

Monday, November 30, 2009

Jalan-jalan Minum Kopi

Pada suatu petang, Jill ajak saya jalan-jalan minum kopi bersama adik-beradiknya. Saya pun ikut mereka dan keluarga mereka ke tempat yang saaaaangat jauh dan saaangat sejuk, semata-mata nak minum kopi?? ish ish ish...hahahah.







Selepas minum, mereka dan keluarga mereka nak berjalan2 di taman bunga sambil posing-posing pulak dalam hujan. Sangat bahagia kan keluarga mereka ni...hahaha.




Picture credit: Mereka & keluarga mereka
Lokasi: Old Town White Coffee, Genting Highlands
Tarikh: hmmm, October rasanya.

Thursday, November 26, 2009

Korban

Hi semua. OMG, lama sungguh tak blog. Sejak bulan puasa, memang schedule kerja sangat pack. Macam ni la kerja freelance ni. Bila free, sampai termenung takde benda nak buat. Masyuk pun tak. Bila ada project, bertimpa-timpa pulak. Sekarang ni ada 2 project berjalan serentak. Itu pasal tak sempat blog macam biasa - satu pengorbanan ;-).

Dalam sibuk2 ni, curi masa sekejap balik Alor Setar untuk jenguk parents dan raya haji sekali. Of course bawak balik kerja sekali. Nasib baik rumah mak dah ada broadband sekarang. Senang sikit. Dulu kena dial-up memang tak larat nak menunggu.

Oh, esok raya kan. Selamat Hari Raya Aidil Adha & Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua dapat betul-betul menghayati erti korban, Insyaallah.

Will try to update more often- janji. Ada banyak posting overdue ni...cerita kenduri kahwin (not mine, ok!), cerita picnic dan banyak lagi...

Sunday, October 18, 2009

Konflik


Kenapa aku selalu nampak hidup orang lain lebih indah, lebih bahagia, lebih hebat dari kehidupanku yang ada saja tak kena.

Mungkin sebab aku hanya membandingkan dengan kehidupan orang yang punya lebih segala- galanya.

Kalau aku bandingkan dengan orang susah, orang sakit, orang kurang upaya, memanglah banyak yg perlu disyukuri. Silap-silap, jadi riak pulak.

Susahkan? Mana lebih susah? Bersabar mencari senang, atau bersyukur mengharung susah? Bersyukur nikmat Tuhan, atau bersabar ujian Yang Esa?

Konflik dalam diri. Jawab sendiri.

Saturday, October 10, 2009

Too Good















I am not a big fan of mee yg berkuah, tapi this was just too good! Mee Bandung from open house my brother semalam. Terima kasih kakak iparku :-)

Wednesday, September 30, 2009

Syawal

Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul.
HE breaks our heart to make us whole.
HE sends us pain so we can be stronger.
HE sends us failure to make us humble.
HE sends us illness so we take care of ourselves.
Sometimes, ALLAH takes everything away from us so we can learn the value of everything HE’s given us
May the spirit of Ramadhan lives on in us throughout the year
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin
#Maaf agak lambat update blog & ucap selamat hari raya. Lepas cuti raya terus sibuk kerja. Terima kasih semua yg tinggalkan ucapan pada comment box posting lepas.

Saturday, September 12, 2009

Gosh!

Berat dah turun ke tahap kritikal. Tinggal 44. 5kg timbang pagi tadi.
Nanti pakai baju raya macam 'hanger berjalan'.

Before puasa dalam 46...47 mcm tu. Last week turun 45. Below 45 biasanya i akan avoid amik gambar....tak suka nampak mcm orang sakit je.

Haisssshhhhhh. How la? Semakin tak semangat nak makan.