Wednesday, May 28, 2008

Naik lagi ke?

Dari Berita Harian, 28 Mei 2008

Langkah atasi krisis minyak Jumaat
Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat dan ekonomi negara selepas mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikannya kelmarin membentangkan beberapa cadangan berhubung perkara itu dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat. "Ada beberapa langkah dikemukakan dalam mesyuarat itu semalam (kelmarin) kerana kita bincang banyak perkara dan ia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

"Selepas itu, kita dijangka buat satu siri pengumuman kerana kita amat terperinci dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan komandan kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini, semalam. Najib diminta mengulas ura-ura kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel Jumaat ini bagi mengimbangi kesan peningkatan harga minyak mentah yang mencecah AS$133 setong di pasaran antarabangsa, semalam. Beliau yang enggan memberi bayangan pengumuman itu walaupun didesak wartawan, sebaliknya meminta semua pihak supaya bersabar sehingga Kabinet membuat keputusan.

Katanya, keputusan menguatkuasakan larangan penjualan petrol dan diesel kepada kenderaan asing oleh semua stesen minyak dalam lingkungan 50 kilometer (km) dari sempadan negara mulai Jumaat ini juga adalah antara yang diputuskan mesyuarat kelmarin. Selain itu, mesyuarat berkenaan juga menggariskan beberapa pendekatan lain yang dikenal pasti sesuai untuk membendung masalah kenaikan harga minyak secara khusus serta menangani inflasi umumnya. "Larangan menjual minyak kepada kenderaan asing ini bukan untuk menjimatkan kos tetapi lebih berlandaskan kepada prinsip kerana kita guna wang cukai rakyat untuk subsidi minyak dan hanya mereka yang berhak harus menikmatinya. "Ini adalah isu moral kerana subsidi yang kita beri setiap tahun untuk mengurangkan beban rakyat amat tinggi. Pada pendapat saya, tidak wajar orang lain menikmati subsidi daripada wang rakyat kita," katanya.

Arahan bertulis mengenai larangan itu, dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, akan dikeluarkan kepada 200 hingga 300 pemilik stesen minyak dalam masa terdekat. Najib juga menafikan tindakan itu boleh menjejaskan kemasukan pelancong asing kerana mereka masih perlu membeli minyak di negara sendiri dan sewajarnya tidak mengambil kesempatan daripada subsidi yang ditawarkan di Malaysia.
**********************************************************************************

Gosh, i hope not!...dah la income merosot je. Since i changed my car and kerja sendiri, my consumption memang tak banyak macam masa kerja one year back. But still every time refill petrol, terasa la jugak. and usually any rise in oil prices will result in rise in price of other essentials kan.....Dah la harga beras pun naik melampau. What is happening to the world, food crisis, oil crisis....We wait and see Friday ni....suspen jer!

13 comments:

muadzlife said...

hmmmm..mmg membuntukan kepala kan...

hadoi lar....

rasanya macam naik bayk nih...lebih 30 sen nih...

p/s: sukanya kalo gomen leh kautkuasakan lorong beskal ..senang nak p keje...ai sokaaa

wahdi said...

Haiyoo nak naik lagi ke!

Patutnya warga asing yg gaji gedabak2 kerja kat Msia ni tak wajar dapat subsidi minyak! dah le gaji besar2 boleh beli minyak harga subsidi rakyat! *matilah meroyan he he he

ezrazlin™ said...

mmg patut turun lah sakai sakai BN nih!~paklah nih tido je dier tau..

Najib Ariyan Ali Basha said...

Jom kita pakat balik kampung jer... mandi air sungai, makan pucuk ubi, hidup macam dulu... tak der minyak, pakai kuda.. alahai!!

mad redo1 said...

it is inevitable... anne ada lesen motor tak? pakai skuter lah plak... hehehe...

akupunyahal said...

OMG naik lagi ker.. kat sini pun kecoh org naik herge minyak ke 1.50 a litre

anne said...

muadz....u nak naik basikal...hehehe. nanti peluh peluh tak vogue dah;-)

p/s - u think 30sen...ish, banyak tu.

anne said...

wahdi....tu la, tapi macam mana nak control benda tu. kalau boleh swipe mykad, local dapat harga murah best jugak tu;-)

anne said...

ezrazlin.....sabar sabar. tido ke buat buat tido...muahahahaha

anne said...

hi abang bear!!!!! nak balik kg mandi sungai pun dah polluted, pucuk ubi pun makin pupus. larat ke kuda tu nak bawak abg bear sampai ke Tg Dawai ahahahaha;-)

anne said...

madredo1....lesen kereta je. takut nak bawak motor, naik kat belakang pun takut. kena naik basikal la camni.....

anne said...

malim, 1.50AUD ke equiv in RM? belum naik lagi...but the wind is blowing...hv to wait for announcement on friday

Ziana said...

naik lg ka??
:(

x larat dh nih..
petrol petrol petol
benci lak!