just for a twist, today i feel like posting in Malay, since all my blog friends understand perfect malay, even holly di dubai, shouldn't be a problem........
Pagi tadi lepas sahur teringat pulak bulan puasa 2 tahun lepas....masa tu anne kerja di sebuah syarikat pengangkutan nun jauh di Pelabuhan Klang. Memanglah tak seglamour mana tempat tu, takde bangunan pencakar langit pun. Staf pun takde yang "glamour" sangat macam kat KL, biasa-biasa je....majority adalah pekerja kolar biru. 4 tahun anne di sana adalah tahun-tahun yang paling bahagia dalam working life anne - setakat ni lah. Mula-mula tak biasa, tapi dah lama-lama baru sedar di sana boleh belajar menghargai manusia dengan sejujur-jujurnya......stop, stop - topik ni anne cite hari lain lah. terkeluar topik plak....
Setelah dekat 2 tahun kerja di sana, anne dikenalkan dengan Warung Kak Gayah. Sebelum ni bukan tak nampak warung ni, seberang jalan ofis je. Memang ramai pekerja2 kolar biru berhenti kat situ. Warung ni buat dengan papan je, kat tepi jalan. Tak ada tingkap pulak tu, ada pintu je....mungkin Kak Gayah tak nak habuk masuk. Memang anne tak pernah tefikir nak ambik tau pasal warung tu. Disebabkan kawan ajak anne ikut je. Itulah detik pengenalan anne dengan Kak Gayah. Kak Gayah memang "bubbly" and "friendly", suka "speaking" pulak tu.
Suasana dalam warung memang tak seburuk luarnya. Ada beberapa meja kayu dilapik tikar getah warna-warni untuk orang makan. Nampaknya macam ada silent rule di mana orang lelaki je "eat-in", ladies semua take away. Lauk-pauk dihidang dalam periuk atau besen tin yang warna-warni (ala macam kat kampung dulu sebelum besen plastik tercipta). Walaupun berlantaikan tanah je, bersih. Menu tengahari Kak Gayah memang best, untuk orang yang suka home cooked type of food.
Typical menu (almost tiap-tiap hari) Pajeri Nenas, sambal tumis sotong, Ikan kembung/ Ayam/Hati goreng "kak gayah style", Tempe goreng (best gilerr), ulam2 segar dan beberapa lauk lagi yang variable. Tapi yang anne sebut tu mesti ada. Tak tau apa rahsia Kak Gayah makanan dia sentiasa panas-panas walaupun Kak Gayah takde pakai food warmer atau microwave. Lauk kak gayah in general memang sedap-sedap, rasa macam makan kat rumah. Entah apa yang Kak Gayah campur dalam garam kunyit untuk goreng ikan dan tempe. Sedap giler...crunchy pulak tu, walaupun bila dah sejuk.
Kak Gayah punya personaliti memang mencantikkan warung usang tu. Dia kenal customer dia by name. Lepas beberapa kali anne tapau kat sana, satu hari tu Kak Gayah tegur...oh ni lah anne, Abang Wan ada sebut. Rupanya Kak Gayah isteri Abg Wan, salah seorang wakil pekerja kolar biru satu tempat kerja dengan saya. Saya kenal sangat Abg Wan sebab kerja saya memang selalu berurusan dengan wakil-wakil pekerja.
Satu bulan puasa tu saya kenen-kenen dengan Kak Gayah untuk masak petang, boleh beli untuk berbuka. Mimpi jadi kenyataan rupanya. Sehari sebelum puasa, abang wan dah telefon suruh bawak tupperware, kebetulan Abg Wan kerja syif petang, so di bawakkan lauk, siap hantar sampai kat meja. Memang bahagia anne masa tu.
Tahun lepas tu, anne bawak geng, ramai yang beli dari Kak Gayah untuk berbuka. Dia tak buka warung, tapi masak dari rumah...dengan syarat korang datang ambik. Anne susah sikitlah nak kluar ambik lauk, tapi ada maksanggup yang drive ke rumah Kak Gayah untuk ambikkan lauk semua orang. (jiha, jasamu ku kenang - dengar gossip jiha sanggup ambik cuti untuk berguru dengan K.Gayah). Dalam pukul 11 pagi macam tu, kita orang akan telepon Kak Gayah kat rumah, boleh request tau nak makan lauk apa. Kalau ada barang, Kak Gayah layan je....
Ntah bile nak dapat makan lauk Kak Gayah lagi.....sebelum jumpa Kak Gayah, tak pernah anne suka tempe, kalau makan pun yang dah hiris halus2 kat dalam sambal ikan bilis tu; tapi tempe Kak Gayah memang JAWORLD!!!!! abis. Dan rindu kat orang sana, yang baik2 macam Kak Gayah, Abg Wan dan semua kawan2 masa tu.
Untuk yang tengah baca puasa2 ni dan salivating over lauk Kak Gayah, ampun......
Anne doakan Kak Gayah & Abg Wan murah rezeki dan dirahmati Allah.
5 comments:
Capitol Hill in the Blogosphere
"Suddenly the plane just started dropping," wrote Sen. Patty Murray . "We did this amazing zigzag in -- sort of spiral down very fast -- and my ears felt horrendous," she said, describing the final approach to ...
Interesting blog you have - good work Play video poker the most popularity game anywhere
Aiyo..meleleh air lioq la. Now me want tempe goreng dgn ikan bilis pedas-pedas tu.
Your blog comments have been spammed. Go to Blogger>Settings>Comments and click yes for Word Verification to prevent the spam.
ok, thanks dora
wei, orang tak pose pun boleh telan air lior!
Post a Comment