Lama tak buat Friday Reflections ni. Dulu nak cuba jadi regular post every friday. Bukan niat saya nak tunjuk pandai ya- nanti jadi berdosa pulak, banyak sangat yang saya tak tahu sebenarnya. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan berkongsi dengan sesiapa yang merasakan boleh mendapat sesuatu dari apa yang saya share kat sini. Minggu ni saya share apa yang saya baca dari buku La Tahzan - Dont Be Sad by Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.
********************************************************************************
Jika Allah memudahkan perkara,
maka mudahlah ia
kekuatannya akan meleleh
dan kerumitannya akan binasa
Alangkah ramai orang
yang menghendaki sesuatu
namun tidak mendapatnya
Dan alangkah ramai orang
yang sudah putus asa
namun kemudian datang kegembiraan
Sungguh ramai orang ketakutan
menjadi menakutkan
dan orang yang miskin
menjadi kaya
Banyak peristiwa yang pahit
berubah manis
Mungkin dunia berubah
di mana yang kaya
berubah jadi fakir
dan yang fakir
menjadi kaya
Sungguh banyak kita lihat
orang yang hidup sengsara
namun tiba-tiba
menjadi manusia yang senang hidupnya
Tulisan Al-Husain bin Mathir al-Asadi
********************************************************************************
"Dan sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."
(Surah At-Talaq:3)
8 comments:
Anne,
Thanks kerana sudi menyinggah di blog saya. Tak sangka ya.. saya pun suka membaca buku La Tahza aka Jangan Bersedih.. buku tu banyak memberi inspirasi ketika menghadapi pelbagai permasalah hidup. :)
Salam perkenalan.
salam norae, thanks for dropping by my blog - buku La Tahzan i beli while going thru tough times...memang membantu..
Tahun 2008 ni banyak rezeki untuk u Anne... banyak masyukk nengoknya..
malim....belum lagi la, since June ada la perkembangan sikit alhamdullilah...tapi masih belum stable. doa2kan ye:-)
Hi Anne, was at Arianna's blog noticed your callsign and knowing a girl by the same name busybody over, ha ha, sala nombor.
But Glad I popped over, nice blog.
Hujan ribut belayar ke pulau,
Kelekatu di timba ruang,
Selagi hidup kita bergurau,
Suda mati tinggal seorang.
Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas dapat dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
You have a great weekend and keep well, best regards, Lee.
Lee...hi there. thanks for dropping by.
alaaa, i tak pandai la nak balas pantun;-)
sungguh sejuk air perigi
lain kali datangla lagi
hahahahah.
u hv a gd weekend too.
hey anne..
somoehow like a refreshment session for me.. wat a nice entry..
thanks for sharing babe..
:)
hey nikli...most welcome:-)
Post a Comment