Kempen Hari Tidak Berbelanja selama sehari 16 Julai
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
Petikan dari Kosmo, 4 Julai
PETALING JAYA - Mampukah anda mengawal perbelanjaan tanpa mengeluarkan walau satu sen pun dalam sehari?Jika anda mampu berbuat demikian, sahutlah cabaran Kempen Hari Tidak Berbelanja anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang akan berlangsung selama sehari pada 16 Julai ini.
Presiden FOMCA, Datuk N. Marimuthu berkata, melalui kempen sehari itu, orang ramai digesa agar meminimumkan perbelanjaan semampu mungkin ke arah matlamat mendidik orang ramai supaya lebih berjimat."Melalui kempen ini juga, anda akan dapat menyedari ke mana wang yang anda belanjakan untuk keperluan-keperluan yang tidak penting sebelum ini.
"Contohnya, jika sebelum ini anda menggunakan penghawa dingin selama lapan jam, kurangkan kepada enam jam saja pada hari kempen ini nanti," katanya pada sidang media semalam.
Kempen itu adalah sebahagian daripada pengisian Kempen Konsumer Kebangsaan yang berlangsung selama 48 bulan bermula Jun tahun ini sehingga Jun 2012.
Tambah Marimuthu, kempen tersebut bukan bertujuan untuk memboikot atau protes ke atas mana-mana pihak, tetapi lebih kepada usaha untuk mendidik orang ramai supaya lebih berhemah dalam menguruskan perbelanjaan seharian.
*********************************************************************************
Saya tertarik dengan cabaran ini. Berani? Mampu? Boleh hidup tak satu hari tanpa keluar satu sen pun? Susahkan. Hidup dalam rumah diam diam pun secara tak langsung pakai duit - letrik, air, broadband, telefon.
15 comments:
hayoo mampukah iols buat yer? ahhh mampu ok... pernah buat yer tak berbelanja selama 3 hari..
kena gi pulau cam survival baru bley haha! tu pun standby rokok 2 kotak beli siap2 ekeke..
Boleh... abang memang berani... sehari tu abang akan bermeditasi jer kat Tasik Permaisuri... nak ke sana pun jalan kaki jer dah tu bangun pagi takyah mandi.. sanggup... jom kita mula kan... karang aku jadi mamat zaman batu lah tak mandi tak apa... yerkkkkk!!!!
waa.. cabaran demi cabaran di zaman pentadbiran abdullah ... mmg sakit la gak ..
neway salam kenal .. =)
apa susah nya sehari sebelum tu pulun belanja sakan hehe hari tanpa berbelanja tu tidur je.. hehe
yehh !! let's do it !!!
berani maa ..
;)
malim.....mampu eh? bagus la...simpan duit - nanti boleh beli branded stuff banyak uols. hahahah.
ezrazlin....belum cuba dah ngaku kalah ni...
beruang madu....hi abang bear!!!!!wah, dah keluar dari hibernasi ye.
kalau masuk news ada orang dijumpai berenang dalam tasik permaisuri, dah tau la siapa tu...hehehe.
dakjaat...salam:-)
zino....tu bukan jimat dah, tu main tipu
lilylulu...hehehe. awak memang berani;-)...malam sebelumnya tak aci gi william ya.hehehe
anne..
biasa la tu hehe
hmm.. sehari sblm kenaikan harga petrol, i isi full tank. so smpai skrg stil ada sket lg. n i tak kuarkan duit lgsg lps tu. i tak shopping.. i tak lepak2.. blk keja duduk umah. as usual.
keja mcm i bole laa mcmtu.. tak perlu kuarkn duit sgt and at the same time tak jugak dpt duit bnyk. hahaha! tp kalau keja mcm u.. mcm org lain, mmg mission impossible sungguh kalau nk berjimat.. =)
Post a Comment