Wednesday, September 05, 2007

Ceritera Puteri Analusia : Bahagian 1


Pagi Sabtu itu, Puteri Analusia bangun awal walaupun hari cuti. Sibuk betul jadual Puteri hari ni, banyak betul rancangan. Pagi-pagi dah berangkat ke kenduri doa selamat, bersenteng lengan jugak Puteri Analusia mencemar duli membantu menghidang makanan dan kemudian membasuh pinggan, mangkuk dan periuk periuk besar. Memang tak sesuai dengan baju sutera dan tudung permata yang dipakai, tapi sebagai Puteri berjiwa rakyat, Puteri tak kesah buat semua tu.

Puteri bernyanyi-nyanyi gembira di dalam hati kerana selepas kenduri yang melibatkan kerabat kerabat, dia tidak sabar untuk berjumpa Tengku Jahara dan adindanya untuk bersama sama menghadiri majlis tari menari di Istana Amanpuri. Atas desakan Tengku Jahara, Puteri Analusia juga telah menjemput Pengiran Muda untuk menemaninya ke majlis tersebut. Puteri Analusia mula-mulanya agak gusar untuk ditemani Pengiran Muda, tetapi selepas bertukar tukar warkah beberapa hari sebelumnya, Puteri begitu teruja.

Sedang Puteri bersama dayang dayangnya memilih busana yang sesuai untuk majlis itu, satu utusan diterima dari Istana Amanpuri. Majlis Tari Menari terpaksa dibatalkan kerana perang saudara di Istana. Alangkah terkejut sang Puteri. Puteri terus menghantar utusan kepada Pengiran Muda dan Tengku Jahara, membatalkan acara.

Sedang Puteri bermuram durja, satu utusan diterima...Pengiran Muda ajak berjumpa di Taman . Hati Puteri berbunga semula. Puteri tiba di Taman tepat pada waktunya.

(to be continued by popular demand! should i?....)

7 comments:

MOLY said...

hehehehe .. puteri puteri ...
saya menanti sambungan nya
;)


p/s; saje je dia buat kita tertunggu2 :P~

Anonymous said...

muahahahaha

SIM said...

Oh...please please continue! :)

Anonymous said...

cerita dongeng or kiasan reality

anne said...

lily.....penat la tulis, so pura pura buat cliff hanger sikit...hehe. Nanti i sambung ok:-)


tengku....evil gelak tu!

sim......ok, ok...i will. sabar.

anne said...

halley.....reality yang didongengkan, boleh?;-)

Miss Nazla said...

hey u should continue since i dah bace abes. hehehe so musti nak tau apa sudahnye.