This Ramadan is my first bulan puasa kerja sendiri. Compared to time kerja office dulu, memang lebih relax and tak kelam kabut. Kalau dulu sahur minum air cepat cepat, then tidor balik sebab tak nak loose much sleep before getting up for work.....sekarang i can take my time for sahur...minum, makan light-light while watching tv waiting for subuh. Short nap lepas subuh before i shower and mengadap laptop by 8 or 9a.m.....kerja sendiri pun kerja jugak!
If i feel like cooking, around 4pm i can already masuk dapur. Usually lepas asar, i will drive to Pasar Ramadan at Stadium Shah Alam...this is the best time before the road gets too crowded with traffic. Living alone i dont buy much, but i enjoy the atmosphere - and getting out of the house as well. Rasa sikit meriah bulan puasa.
The only thing is terawih this ramadan baru sekali dapat buat kat masjid, other nights buat sendiri je kat rumah. Previous years the apartment's surau memang ada berjemaah, which is super convenient...this time tak buat pulak.
Past one week or so really busy with work, mostly proposals to get new projects. The thing with proposals is that there are no guarantees, but at least you have a shot at it. So i cant complain much kan kalau Tuhan dah buka window of opportunity bulan2 puasa ni. The past few days sibuk preparing for meetings just to have it postponed and rescheduled....memang tiring.
Since i kerja sendiri also, my mum is expecting me to balik kampung earlier than usual. Masa kerja dulu paling awal pun a 4-5 days before hari raya. This time i sort of promised to spend most of my puasa at home with mum and dad. Kesian mak i, bulan tak puasa pun penat sangat take care of my dad....lagilah bulan puasa. But i didnt expect to be so busy with work.....
I'm trying to settle the urgent work by this weekend and escape balik kampung by Monday. Mum is waiting eagerly with chores and tasks for me....Mum is the type yang memang semangat nak prepare the house for hari raya, from cleaning to decorations to food. Kenalah jadi anak yang baik kan;-)....
Thursday, September 27, 2007
Sunday, September 23, 2007
Work on Sunday????
Wednesday, September 19, 2007
My daydreams
Monday, September 17, 2007
Too Sick for Blogging
Too Sick for Anything............
Loads of work to finish, but my brain is all fuzzy like the picture above. Just got back from seeing my favourite GP, Dr Razana. Hope her potions will do the magic. Been under the weather for over a week now. Visited the clinic on Thursday after some prodding by a dear, dear friend, but Dr Razana was off and whatever prescribed by the locum doctor didnt work.
Gonna go lie down now...zzzzzzzz
Thursday, September 13, 2007
Ramadan Mubarak and Selamat Berpuasa
Ramadan, a blessed month, has come to you during which Allah has made it obligatory for you to fast. In it the gates of Heaven are opened, the gates of al-Jahim are locked, and the rebellious devils are chained. In it Allah has a night which is better than a thousand months. He who is deprived of its good has indeed suffered deprivation.
Selamat Berpuasa and have a blessed Ramadan to all muslim bloggers from Anne's Prelude.
(Hadith - Al-Tirmidhi, Narrated Abu Hurayrah)
Selamat Berpuasa and have a blessed Ramadan to all muslim bloggers from Anne's Prelude.
Monday, September 10, 2007
Ceritera Puteri Analusia: Bahagian 2
Puteri tercari-cari yang mana satu Pengiran Muda. Ramai betul rakyat jelata di taman pada petang itu. Pertama kali Puteri bertemu Pengiran Muda beberapa purnama yang lalu, Puteri dah lupa rupa parasnya. Nasib baik Pengiran Muda yang menegur Puteri dahulu.
Pengiran mengajak Puteri duduk dan minum bersamanya. Mula-mula Pengiran banyak bertanya tentang Puteri tetapi selepas itu Puteri mula rasa bosan dan nak balik...Pengiran tak putus-putus berkata-kata, dari masalah keluarga, istana...ke masalah negara dan dunia....Ahhh, terlalu banyak untuk ditelan. Tapi sebagai seorang yang bersopan santun, Puteri mengangguk-anggukkan kepala dan senyum, berkata-kata bila perlu sahaja.
Selepas minum, Pengiran Muda mengajak Puteri menemaninya menonton Bangsawan. Puteri agak keberatan. Dalam mereka sedang berbincang, mereka didatangi seorang wanita. Wanita yang agak berumur itu terus menyapa Pengiran Muda yang pada amatan Puteri sungguh tidak selesa dengan kehadiran wanita berumur itu.
Kemudian, wanita itu memandang Puteri dan bertanya ”Siapa awak”? ”Saya Puteri Analusia” jawab Puteri dengan lemah lembut. Wanita itu kemudian terus beredar....pelik sungguh, fikir Puteri.
Pengiran Muda kemudian menghabiskan minuman dan ajak Puteri beredar dari situ. Sungguh ramai rakyat jelata berjalan-jalan di taman, sehingga terpisah Puteri dan Pengiran seketika. Tiba-tiba Puteri terasa disentuh dari belakang. ”Tuan Puteri, Tuan Puteri.....minuman tadi belum dibayar”...rupanya Tukang jual minuman telah mengejar Tuan Puteri dan Pengiran Muda.
Tuan Puteri tidak tahu di mana mahu meletak muka ....mencemar nama Tuan Puteri saja Pengiran Muda ini. Pengiran Muda masih tidak kelihatan, terpaksa Puteri membayar sendiri.
Puteri mencari-cari ke mana menghilang Pengiran Muda. Oh, di situ rupanya....berbual bual dengan wanita tadi. Siapa wanita itu.....kakak sepupu? Ibu saudara? Ibu gula?
Pengiran kembali mendapatkan Puteri, sahabat lama katanya. Puteri pun tidak mempedulikan hal itu, dan terus berjalan-jalan bersama Pengiran. Banyak betul masalah yang Pengiran ceritakan, sampai pening kepala Puteri mendengarnya.
Hari pun sudah malam, Puteri meminta diri untuk berangkat. Pengiran sempat mengucapkan terima kasih kepada Puteri kerana menemaninya, dan ingin berjumpa lagi dengan Puteri.
Puteri tidak sabar hendak pulang ke istana dan berjumpa Tengku Jahara untuk bercerita, pertemuan dengan Pengiran Muda bagaikan satu malapetaka.
Sampai saja ke Istana, wanita berumur tadi sudah menunggu Puteri. Ana Durjana namaya. Ana Durjana memberi amaran kepada Puteri perkara-perkara buruk tentang Pengiran Muda. Puteri diam saja, tidak mahu masuk campur hal mereka. Keesokan harinya, Puteri diganggu lagi dengan beberapa utusan dari Ana Durjana. Lagi cerita keburukan Pengiran Muda.
Sebenarnya selepas pertemuan yang agak membosankan itu, Puteri pun kurang berminat lagi dengan Pengiran Muda, tapi sekadar bersahabat apa salahnya. Selepas diganggu Ana Durjana, semakin berat hati Puteri untuk melayan Pengiran lagi.
Selepas beberapa hari, Pengiran menghubungi Puteri, untuk meminta maaf dan menjelaskan segala yang berlaku. Puteri katakan tidak perlu minta maaf atau menjelaskan apa-apa, kerana itu urusan peribadi Pengiran yang Puteri tidak berminat untuk tahu. Pengiran berkeras mahu bercerita, katanya Ana Durjana bekas kekasihnya yang tidak mahu melepaskannya walaupun telah lama berpisah. Kata Pengiran lagi semua yang dicerita Ana Durjana dusta belaka.
Puteri hanya berdiam diri, tak mahu tanya apa-apa. Mungkin Pengiran pun faham-faham sendiri yang Puteri tidak berminat lagi. Pengiran ada bertanya bolehkah dia berjumpa lagi dengan Puteri di Taman? Puteri kata mungkin tidak. Berakhirlah episod ceritera Puteri Analusia dengan Pengiran Muda.
Baru Puteri menarik nafas lega, kecoh pulak dayang-dayang Istana. Ayahanda dan Bonda terima rombongan merisik, Puteri Analusia akan dijodohkan dengan pilihan keluarga.....???????????

Saturday, September 08, 2007
Sleep Deprivation
Wednesday, September 05, 2007
Ceritera Puteri Analusia : Bahagian 1
Pagi Sabtu itu, Puteri Analusia bangun awal walaupun hari cuti. Sibuk betul jadual Puteri hari ni, banyak betul rancangan. Pagi-pagi dah berangkat ke kenduri doa selamat, bersenteng lengan jugak Puteri Analusia mencemar duli membantu menghidang makanan dan kemudian membasuh pinggan, mangkuk dan periuk periuk besar. Memang tak sesuai dengan baju sutera dan tudung permata yang dipakai, tapi sebagai Puteri berjiwa rakyat, Puteri tak kesah buat semua tu.
Puteri bernyanyi-nyanyi gembira di dalam hati kerana selepas kenduri yang melibatkan kerabat kerabat, dia tidak sabar untuk berjumpa Tengku Jahara dan adindanya untuk bersama sama menghadiri majlis tari menari di Istana Amanpuri. Atas desakan Tengku Jahara, Puteri Analusia juga telah menjemput Pengiran Muda untuk menemaninya ke majlis tersebut. Puteri Analusia mula-mulanya agak gusar untuk ditemani Pengiran Muda, tetapi selepas bertukar tukar warkah beberapa hari sebelumnya, Puteri begitu teruja.
Sedang Puteri bersama dayang dayangnya memilih busana yang sesuai untuk majlis itu, satu utusan diterima dari Istana Amanpuri. Majlis Tari Menari terpaksa dibatalkan kerana perang saudara di Istana. Alangkah terkejut sang Puteri. Puteri terus menghantar utusan kepada Pengiran Muda dan Tengku Jahara, membatalkan acara.
Sedang Puteri bermuram durja, satu utusan diterima...Pengiran Muda ajak berjumpa di Taman . Hati Puteri berbunga semula. Puteri tiba di Taman tepat pada waktunya.
(to be continued by popular demand! should i?....)

Subscribe to:
Posts (Atom)