Tuesday, January 19, 2010

Reunion

I dont usually attend school or college or even university reunions. I find that most of the time, people hang out with those people you are already close and in touch with anyways. Anyway, that's just me.

However i dont really mind meeting up with old friends and acquaintences, small groups, have coffee, really talk and catch up.

Recently, thanks to the powers of Facebook, i came into contact with friends from primary school i havent seen since forever.
That's me. Sitting, 5th from left. (yg kecik tu, rambut tocang 2)
3 of us met up at KLCC in December, before the Christmas holidays. Ayu & Gee went to primary school with me, and we ended up in the same class up to Form 1, when both of them transferred schools to follow their parents.
It was nice catching up, they are all grown up and are successful career Mothers now - but i tell
you they look exactly the same.



Tuesday, January 12, 2010

Picnic @ Sg Kedondong, Ulu Yam

Sometimes, you just need to get away from it all...















20 Tips Murah Rezeki

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) Azza Wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.
Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

Anne: Saya dapat ni melalui email. Kalau ada yg tidak tepat, sila tegur. Terima Kasih.

Friday, January 01, 2010

2010

Happy New Year Everyone!
Lets kick off the New Year with renewed spirit and determination.

Tuesday, December 29, 2009

Prosperity Rules!



Wajib makan sekali setahun :)

Friday, December 18, 2009

Anne is Back. Selamat Tahun Baru Hijrah.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah to all friends & blog readers. Its a long weekend - so, happy holidays to everyone too.

Kalau ada yang bukak blog ni dan bosan gila sebab tak berupdate, sorrrriiiiiiiiiiii. Hidup I dalam 3 ke 4 bulan ni memang tenggelam dalam kerja je. Bila penat sangat, takde mood nak blog. Cuma update twitter saja.

Hari ni rasa SANGAT LEGA. 2 projek telah siap untuk tahun ni. Boleh rest sekejap sebelum mula dengan projek baru tahun depan. Kena sangat la dengan akhir tahun hijrah semalam, dan awal muharram hari ni. Syukur sangat-sangat sebab tahun ini, business lebih baik dari tahun lepas. Kalau awal muharram lepas dalam sebak berdoa untuk diberi kekuatan melalui masa-masa yang sangat perit....tahun ini sangat bersyukur kerana Allah permudahkan sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah.

Selamat Menyambut Awal Muharram. Saya doakan Tahun hijrah 1431 membawa rahmat, rezeki dan segala yang baik-baik untuk kita semua. Amin.

Monday, November 30, 2009

Jalan-jalan Minum Kopi

Pada suatu petang, Jill ajak saya jalan-jalan minum kopi bersama adik-beradiknya. Saya pun ikut mereka dan keluarga mereka ke tempat yang saaaaangat jauh dan saaangat sejuk, semata-mata nak minum kopi?? ish ish ish...hahahah.







Selepas minum, mereka dan keluarga mereka nak berjalan2 di taman bunga sambil posing-posing pulak dalam hujan. Sangat bahagia kan keluarga mereka ni...hahaha.




Picture credit: Mereka & keluarga mereka
Lokasi: Old Town White Coffee, Genting Highlands
Tarikh: hmmm, October rasanya.

Thursday, November 26, 2009

Korban

Hi semua. OMG, lama sungguh tak blog. Sejak bulan puasa, memang schedule kerja sangat pack. Macam ni la kerja freelance ni. Bila free, sampai termenung takde benda nak buat. Masyuk pun tak. Bila ada project, bertimpa-timpa pulak. Sekarang ni ada 2 project berjalan serentak. Itu pasal tak sempat blog macam biasa - satu pengorbanan ;-).

Dalam sibuk2 ni, curi masa sekejap balik Alor Setar untuk jenguk parents dan raya haji sekali. Of course bawak balik kerja sekali. Nasib baik rumah mak dah ada broadband sekarang. Senang sikit. Dulu kena dial-up memang tak larat nak menunggu.

Oh, esok raya kan. Selamat Hari Raya Aidil Adha & Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua dapat betul-betul menghayati erti korban, Insyaallah.

Will try to update more often- janji. Ada banyak posting overdue ni...cerita kenduri kahwin (not mine, ok!), cerita picnic dan banyak lagi...

Sunday, October 18, 2009

Konflik


Kenapa aku selalu nampak hidup orang lain lebih indah, lebih bahagia, lebih hebat dari kehidupanku yang ada saja tak kena.

Mungkin sebab aku hanya membandingkan dengan kehidupan orang yang punya lebih segala- galanya.

Kalau aku bandingkan dengan orang susah, orang sakit, orang kurang upaya, memanglah banyak yg perlu disyukuri. Silap-silap, jadi riak pulak.

Susahkan? Mana lebih susah? Bersabar mencari senang, atau bersyukur mengharung susah? Bersyukur nikmat Tuhan, atau bersabar ujian Yang Esa?

Konflik dalam diri. Jawab sendiri.

Saturday, October 10, 2009

Too Good















I am not a big fan of mee yg berkuah, tapi this was just too good! Mee Bandung from open house my brother semalam. Terima kasih kakak iparku :-)

Wednesday, September 30, 2009

Syawal

Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul.
HE breaks our heart to make us whole.
HE sends us pain so we can be stronger.
HE sends us failure to make us humble.
HE sends us illness so we take care of ourselves.
Sometimes, ALLAH takes everything away from us so we can learn the value of everything HE’s given us
May the spirit of Ramadhan lives on in us throughout the year
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin
#Maaf agak lambat update blog & ucap selamat hari raya. Lepas cuti raya terus sibuk kerja. Terima kasih semua yg tinggalkan ucapan pada comment box posting lepas.

Saturday, September 12, 2009

Gosh!

Berat dah turun ke tahap kritikal. Tinggal 44. 5kg timbang pagi tadi.
Nanti pakai baju raya macam 'hanger berjalan'.

Before puasa dalam 46...47 mcm tu. Last week turun 45. Below 45 biasanya i akan avoid amik gambar....tak suka nampak mcm orang sakit je.

Haisssshhhhhh. How la? Semakin tak semangat nak makan.

Monday, August 31, 2009

52



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 Malaysia






















Selambut Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke 52 Ayahanda & Bonda Tercinta


Tuesday, August 25, 2009

Monday, August 24, 2009

Alhamdulillah

Alhamdullilah Mak dah sihat...dah mula puasa pun hari Sabtu.

Syukur sangat.

Semalam i singgah pasar ramadan beli kueh, tengok orang yang take precaution pakai mask minoriti je berbanding dengan yang tak pakai. Termasuklah penjual. Siap ada geng budak2 nakal ni dok gelakkan orang yang pakai mask.

Dah masuk hari ke 3 kan tak ada H1N1 related death. That is good news. Hope things get better. Rimas la keluar pakai mask ni...rasa mcm susah nak bernafas.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Datang Lagi



Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa.
Semoga Ibadah Anda Semua Di Bulan Penuh Kemuliaan Ini DiberkatiNya.


Tuesday, August 18, 2009

89%???

My mom has not been feeling well since Sunday.
Actually last week, my whole family was over at my place. Rabu lepas Mak demam, i took her to my GP dekat rumah ni, Dr Razana cakap its normal flu je. Dr said kalau demam tak baik, come back tomorrow for tamiflu antiviral. Sebab Mak punya age, dia high risk group.

Then makan ubat sekali je, Mak terus turun temperature, cuma batuk je. So Alhamdullilah. Thot semua dah ok.

On Sunday, Mak, Bapak and Kakak balik Kedah.
Petang tu dapat sms Mak demam semula. Bila makan panadol, demam turun. Off and on. Risau gila.

Today Kakak took Mak to Dr Soma - our long time family doctor.
Based on her symptoms, Dr Soma said 89% its NOT H1N1. How on earth did he come up with that figure??? Not 90, 89! Mak pun takde selsema. Only if Mak tak recover by Thursday, baru buat blood test.


Anyways, Mak on double dose of antibiotics now and other medications. Tak dapat cakap dengan Mak since Sunday sebab tak nak ganggu - dia nak tido je. Mesti letih makan antibiotik banyak. Mak kalau sakit, paling payah coz dia tak nak makan langsung. Puas berpujuk. Mesti Kakak stress kat rumah tu nak pujuk Mak makan.

Praying hard for Mak's speedy recovery. Semoga Allah jauhkan dari apa-apa penyakit yang merbahaya.

Sayang Mak sangat-sangat...:-(

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad

Al Fatihah to Arwah Yasmin Ahmad.

I will miss most her TV commercials - raya, CNY, deepavali, merdeka. Remember Tan Hon Ming, remember burung apa...burung murai...?

I found this on Youtube. One of Arwah Yasmin's work. I dont think it has ever been shown on M'sian TV, made for S'pore tv if im not mistaken. Typical of her work, always transcend racial boundaries, always touches the heart and soul...watch this.

Wednesday, July 22, 2009

Menyesal

Pernah tak you all dgn berniat baik cuba buat sesuatu yang elok untuk orang lain.
Lepas tu menyesal sendiri.

Tadi i tengah tengok TV. Ada la dengar sesuatu (tak perlula cerita detail kat sini). So i sms la info ni pada seseorang sebab i tau dia memang ambil berat pasal ni, saja je tetiba rajin nak share. Takde niat lain pun...dan i tulis situ i dengar kat TV dari siapa la yg bercakap tu.

Lepas tu dia balas sms dua kali dengan soalan2nya, mempertikaikan pulak - orang tu 'authority' ke pasal benda ni?, kenapa bunyi macam tak kena?.

Last last, tak reti dah nak jawab sebab i pun dengar je...lastly, i suruh dia ignore je my earlier sms with apologies.

Menyesal. Moral of the story?....apa eh?

Pilihan objektif:
I. jangan terlebih rajin, orang pun tak tanya kita?
II. jangan berkongsi benda yang kita sendiri tak cukup ilmu?
III. thank you would be nice..walaupun info tu crap?
IV. padan mukaku?
V. all of the above?

:-)