Hi. Bangun pagi ni terasa nak update blog. Kalau ikut plan, time ni sepatutnya dah busy dengan projek baru di satu Non-Profit Organisation di Shah Alam ni. Dah ready semua, dan hati pun lega sebab projek 3 bulan. Jadi tak payahlah cari job sana-sini. Focus satu job saja.
Itulah, cliche tapi 'kita hanya boleh merancang'...hehe, geli ke dengar? Tapi memang betul pun. Mula2 postpone 28 Januari, lepas tu postpone ke April pulak. So, apa lagi.....habis plan kelam kabut.
Mujurlah ada projek2 kecik sana sini untuk masa ni. Bolehla survive sementara menunggu sesuatu yang lebih baik. Macamtulah kalau kerja freelance/ sendiri ni. Untuk kebebasan dan keseronokan bekerja yang dicari, kenalah biasakan diri dengan 'instability'. Kalau tak boleh terima, kena makan gaji ye kawan-kawan.
Semalam alhamdullilah, selepas satu hari yang sangat panas dan merimaskan di Putrajaya, dapatlah lulus satu proposal untuk projek. The bad news is projek kita propose besar, tapi tahun ni Govt kurangkan peruntukan kebanyakan kementerian, jadi dapat projek kecik je dulu. Takpelah, ambik dulu.
Jadi sekarang, i have to start doing some work. Lain kali kita cerita lagi.
Oh lupa, kenal tak yg baju merah kat bawah tu?;-)