Monday, November 30, 2009

Jalan-jalan Minum Kopi

Pada suatu petang, Jill ajak saya jalan-jalan minum kopi bersama adik-beradiknya. Saya pun ikut mereka dan keluarga mereka ke tempat yang saaaaangat jauh dan saaangat sejuk, semata-mata nak minum kopi?? ish ish ish...hahahah.







Selepas minum, mereka dan keluarga mereka nak berjalan2 di taman bunga sambil posing-posing pulak dalam hujan. Sangat bahagia kan keluarga mereka ni...hahaha.




Picture credit: Mereka & keluarga mereka
Lokasi: Old Town White Coffee, Genting Highlands
Tarikh: hmmm, October rasanya.

Thursday, November 26, 2009

Korban

Hi semua. OMG, lama sungguh tak blog. Sejak bulan puasa, memang schedule kerja sangat pack. Macam ni la kerja freelance ni. Bila free, sampai termenung takde benda nak buat. Masyuk pun tak. Bila ada project, bertimpa-timpa pulak. Sekarang ni ada 2 project berjalan serentak. Itu pasal tak sempat blog macam biasa - satu pengorbanan ;-).

Dalam sibuk2 ni, curi masa sekejap balik Alor Setar untuk jenguk parents dan raya haji sekali. Of course bawak balik kerja sekali. Nasib baik rumah mak dah ada broadband sekarang. Senang sikit. Dulu kena dial-up memang tak larat nak menunggu.

Oh, esok raya kan. Selamat Hari Raya Aidil Adha & Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua dapat betul-betul menghayati erti korban, Insyaallah.

Will try to update more often- janji. Ada banyak posting overdue ni...cerita kenduri kahwin (not mine, ok!), cerita picnic dan banyak lagi...