Monday, September 10, 2007

Ceritera Puteri Analusia: Bahagian 2


Puteri tercari-cari yang mana satu Pengiran Muda. Ramai betul rakyat jelata di taman pada petang itu. Pertama kali Puteri bertemu Pengiran Muda beberapa purnama yang lalu, Puteri dah lupa rupa parasnya. Nasib baik Pengiran Muda yang menegur Puteri dahulu.

Pengiran mengajak Puteri duduk dan minum bersamanya. Mula-mula Pengiran banyak bertanya tentang Puteri tetapi selepas itu Puteri mula rasa bosan dan nak balik...Pengiran tak putus-putus berkata-kata, dari masalah keluarga, istana...ke masalah negara dan dunia....Ahhh, terlalu banyak untuk ditelan. Tapi sebagai seorang yang bersopan santun, Puteri mengangguk-anggukkan kepala dan senyum, berkata-kata bila perlu sahaja.

Selepas minum, Pengiran Muda mengajak Puteri menemaninya menonton Bangsawan. Puteri agak keberatan. Dalam mereka sedang berbincang, mereka didatangi seorang wanita. Wanita yang agak berumur itu terus menyapa Pengiran Muda yang pada amatan Puteri sungguh tidak selesa dengan kehadiran wanita berumur itu.

Kemudian, wanita itu memandang Puteri dan bertanya ”Siapa awak”? ”Saya Puteri Analusia” jawab Puteri dengan lemah lembut. Wanita itu kemudian terus beredar....pelik sungguh, fikir Puteri.

Pengiran Muda kemudian menghabiskan minuman dan ajak Puteri beredar dari situ. Sungguh ramai rakyat jelata berjalan-jalan di taman, sehingga terpisah Puteri dan Pengiran seketika. Tiba-tiba Puteri terasa disentuh dari belakang. ”Tuan Puteri, Tuan Puteri.....minuman tadi belum dibayar”...rupanya Tukang jual minuman telah mengejar Tuan Puteri dan Pengiran Muda.

Tuan Puteri tidak tahu di mana mahu meletak muka ....mencemar nama Tuan Puteri saja Pengiran Muda ini. Pengiran Muda masih tidak kelihatan, terpaksa Puteri membayar sendiri.

Puteri mencari-cari ke mana menghilang Pengiran Muda. Oh, di situ rupanya....berbual bual dengan wanita tadi. Siapa wanita itu.....kakak sepupu? Ibu saudara? Ibu gula?

Pengiran kembali mendapatkan Puteri, sahabat lama katanya. Puteri pun tidak mempedulikan hal itu, dan terus berjalan-jalan bersama Pengiran. Banyak betul masalah yang Pengiran ceritakan, sampai pening kepala Puteri mendengarnya.

Hari pun sudah malam, Puteri meminta diri untuk berangkat. Pengiran sempat mengucapkan terima kasih kepada Puteri kerana menemaninya, dan ingin berjumpa lagi dengan Puteri.

Puteri tidak sabar hendak pulang ke istana dan berjumpa Tengku Jahara untuk bercerita, pertemuan dengan Pengiran Muda bagaikan satu malapetaka.

Sampai saja ke Istana, wanita berumur tadi sudah menunggu Puteri. Ana Durjana namaya. Ana Durjana memberi amaran kepada Puteri perkara-perkara buruk tentang Pengiran Muda. Puteri diam saja, tidak mahu masuk campur hal mereka. Keesokan harinya, Puteri diganggu lagi dengan beberapa utusan dari Ana Durjana. Lagi cerita keburukan Pengiran Muda.

Sebenarnya selepas pertemuan yang agak membosankan itu, Puteri pun kurang berminat lagi dengan Pengiran Muda, tapi sekadar bersahabat apa salahnya. Selepas diganggu Ana Durjana, semakin berat hati Puteri untuk melayan Pengiran lagi.

Selepas beberapa hari, Pengiran menghubungi Puteri, untuk meminta maaf dan menjelaskan segala yang berlaku. Puteri katakan tidak perlu minta maaf atau menjelaskan apa-apa, kerana itu urusan peribadi Pengiran yang Puteri tidak berminat untuk tahu. Pengiran berkeras mahu bercerita, katanya Ana Durjana bekas kekasihnya yang tidak mahu melepaskannya walaupun telah lama berpisah. Kata Pengiran lagi semua yang dicerita Ana Durjana dusta belaka.

Puteri hanya berdiam diri, tak mahu tanya apa-apa. Mungkin Pengiran pun faham-faham sendiri yang Puteri tidak berminat lagi. Pengiran ada bertanya bolehkah dia berjumpa lagi dengan Puteri di Taman? Puteri kata mungkin tidak. Berakhirlah episod ceritera Puteri Analusia dengan Pengiran Muda.

Baru Puteri menarik nafas lega, kecoh pulak dayang-dayang Istana. Ayahanda dan Bonda terima rombongan merisik, Puteri Analusia akan dijodohkan dengan pilihan keluarga.....???????????

8 comments:

Miss Nazla said...

aaaa kawen ngan pilihan kuarge? isk

wahdi said...

Hi anne,
layan gak baca cerpen tu, adaptasi dari kisah benar kah? anyway, wish u Selamat berpuasa dan bersahur, raye dtglah umah, *matilah dah ingat raya ekeke

EDDY PURNAMA said...

amboi ...cliff hanger begitu...love your version of kayangan...sorry lah lama tak berblog and visit blog...facebook nye pasal...

hehehhe...kena sambung tau...

Anonymous said...

selamat berpuasa, anne ;-) buka puasa sometime soon???

anne said...

miss nazla......eh, dont rush to conclusions yet..hehe:-D

anne said...

wahdi....realiti yang difiksyenkan;-P

selamat berpuasa to you too, and en arip!

and thanks, ni jemputan raya yg 1st tahun ni...hehehe.

anne said...

eddy....hey there, wah since migrate to facebook ni....

anyway selamat berpuasa....

hehe, nak kena sambung ke? ala penat tau bersastera...

anne said...

lx...thanks, selamat berpuasa to you too. Insyaallah, if we can find the time.